majlis perkahwinannya dengan Mohamed Hafiz Baidiuzzaman, 30 tahun, yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini.Fara, 36, ketika ditemui tetap dengan pendiriannya di mana segala persoalan sudah dijawab menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Ahad lalu.
"Saya tidak akan mengadakan sidang media khas kerana semuanya sudah dijelaskan dalam kenyataan media tempoh hari.
"Apa yang boleh boleh katakan, semua yang berlaku adalah ketentuan Allah. Terima kasih kerana terus menyokong saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di program Bengkel Sekolah Radio anjuran stesen radio iM4U, di sini, hari ini.
Ditanya adakah bakal suaminya itu sudah berkahwin, Fara berkata, segala spekulasi yang timbul itu adalah persepsi masing-masing.
"Tidak ada apa yang perlu dijelaskan lagi," katanya.
Fara yang diasak soalan bertubi-tubi tetap mengulangi jawapan sama iaitu segala persoalan sudah dijawab menerusi kenyataan sebelum ini.
Sepanjang empat minit Fara dikepung pihak media, dia hanya tersenyum dan memohon untuk diberi laluan kerana perlu bergegas ke lokasi lain.
Selain itu, Fara juga tidak dapat memastikan sekiranya Hafiz akan mengadakan sidang media sendiri selepas ini.
0 comments:
Post a Comment