Monday, September 19, 2016

Along Cham Enggan Mengulas mengenai Zila Seeron Yang Memohon maaf ke atas beliau


Pelakon dan pelawak, Along Cham enggan memberikan sebarang reaksi terhadap kemunculan bekas isterinya, Nur Azilah Seeron, 28, yang tampil memohon maaf terhadap Along, 33, dan keluarga mertuanya dalam sebuah program TV, baru-baru ini.

"No komen.€

Demikian jawapan ringkas Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, ini apabila dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.
Dalam program itu, Zila, 28, secara terbuka memohon maaf kepada Along dan keluarga mertuanya di atas kesilapan yang dilakukan.

Zila turut mengambil kesempatan meluahkan perasaannya termasuk kerinduannya terhadap anak tunggal mereka, Ahmad Danial, 5, yang kini dijaga mertuanya selepas pelbagai kontroversi melanda rumah tangga yang dibina dengan Along sejak 23 Januari 2010.
Image result for Along Cham Zila seeronTindakan Zila bukan mengundang simpati tetapi
sebaliknya mengundang kecaman penonton yang kebanyakannya menyuruhnya bertaubat dan insaf
di atas perbuatannya.


Bahkan, mereka turut meminta bekas peserta Akademi Fantasia 4 ini memohon maaf secara bersemuka dengan Along dan keluarga mentuanya.
Pasangan ini sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah pada 29 Ogos lalu.

Permohonan bercerai turut difailkan Along pada hari sama mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Kekecewaan Along terhadap bekas isterinya sukar dipendam apabila dilihat enggan bersalaman dengan Zila walaupun Zila menghulurkan tangan untuk bersalaman di perkarangan mahkamah.

0 comments:

Post a Comment