Friday, September 23, 2016

Gelora Cinta Anis Al-Idrus Dan Raja Afiq Fitnah Semata-mata

Sepanjang Tempoh melayari alam percintaan, penyanyi dan pelakon Anis Al-Idrus mengakui hubu­ngannya dengan pendatang baru, Raja Afiq tidak mempunyai sebarang masalah, malah semakin bahagia melayari kehidupan sebagai pasangan kekasih.
Bagi pemilik nama sebenar Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus ini, dakwaan mengatakan hubungannya dengan hero drama Sayangku Kapten Mukhriz sudah berakhir seperti disebarkan pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini fitnah semata-mata.

Katanya, dia pelik dan terkejut apabila gosip hubungan cintanya dengan pelakon kacak itu dilaporkan berakhir sedangkan mereka bahagia menyulam cinta.
Image result for anis dan raja afiq
“Cerita putus cinta adalah tidak benar. Itu semua fitnah. Saya difahamkan gosip ini timbul apabila ada pihak menulis cerita kami di sebuah blog yang tidak diiktiraf. Ia sengaja digembar-gemburkan sedangkan hubungan kami baik-baik saja.

“Terus terang, sepanjang bercinta dengan Afiq kami tidak pernah mempunyai sebarang masalah. Kami bahagia kerana faham dan saling melengkapi antara satu sama lain.
“Memandangkan kami dalam satu bidang yang sama, jadi saya faham dengan kerja yang sedang dilakukannya. Tambahan pula, kehadirannya sebagai pelakon baru semakin diterima ramai jadi tidak timbul soal cemburu atau mahu menyekat dia bergandingan dengan pelakon wanita lain,” katanya.

Menurut Anis, berita mengenai pengakhiran hubungan cintanya yang tersebar di Internet itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri mereka.
Image result for anis dan raja afiq
“Walaupun kami berdua tahu cerita yang tersebar itu tidak benar, apabila ia keluar di Internet ramai saudara- mara dan ahli keluarga menghubungi bertanyakan mengenainya.
“Jadi saya berharap janganlah menulis cerita yang tidak benar sesuka hati. Siasat sesuatu perkara itu sebelum mengeluarkan di blog atau di mana sekali pun,” katanya.

Bagaimanapun, Anis enggan menuduh mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan.
Katanya, dia tidak akan mudah melatah atau marah kerana pernah melalui pengalaman gosip yang sama suatu ketika dahulu.
“Bagi saya, marah bukan jalan penyelesaian sesuatu masalah. Gosip seperti ini pernah saya lalui sebelum ini. Lagipun, saya sendiri faham lumrah sebagai artis sering menjadi perhatian orang,” katanya.

0 comments:

Post a Comment