Anatomi mula dimuat naik di laman sosial baru-baru ini, pelbagai reaksi positif dan negatif diterimanya. Menurutnya, rekaan kulit album terbabit mempunyai
maksud yang tersendiri namun tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi. Saya tak salahkan peminat sekiranya mereka tidak senang dengan rekaan kulit album saya.
kerana saya faham dengan apa yang saya buat...Saya juga tahu ada maklum balas yang kurang baik mengenai rekaan itu, tetapi saya tiada masalah dengan hal tu.
Sebab saya bersama pasukan saya yang membuat rekaan kulit itu. Bagi saya, selagi orang tidak dapat penjelasan mengenai rekaan album itu, selagi itu mereka akan
tertanya-tanya dan memberi pelbagai pandangan,katanya. Faizal berkata, dia sendiri akan cuba menjelaskan secara terperinci maksud tersirat di sebalik rekaan
album Anatomi itu.Setakat ini, apa yang boleh saya katakan adalah album ini mengalami pelbagai rencah mengenai kehidupan dan perhubungan.Antaranya mengenai
hubungan manusia dengan Tuhan, isteri, anak dan kekasih...Contohnya, lagu Sayang lebih kepada hubungan dengan anak dan Setia dengan kekasih,
katanya. Faizal berkata demikian ketika ditemui pada Jelajah Anatomi Faizal Tahir di perkarangan Amanjaya Mall Sungai Petani. Faizal berkata,
ini adalah kali pertama dia membuat jelajah pelancaran album di Kedah dan sempat menyanyikan tiga lagu buat peminatnya. Seramai 2 ribu peminat hadir
untuk menyaksikan mini konsertnya itu. Alhamdulillah, maklum balas daripada orang Sungai Petani yang sangat di luar jangkaan dan ini mungkin juga
disebabkan orang Kedah masih gembira selepas Pasukan Kedah memenangi Piala Malaysia baru-baru ini, katanya bergurau. Selepas hampir tiga tahun sunyi
tanpa sebarang album, Faizal akhirnya tampil dengan album keempat berjudul Anatomi yang mula dipasarkan pada 4 November lalu. Anatomi tampil berbeza berbanding
tiga albumnya sebelum ini. Ia juga adalah album pertama Faizal bersama Warner Music Malaysia selepas berhijrah dari Monkey Bone Records.
0 comments:
Post a Comment