peguam syariah. Spekulasi status perkahwinan Diana yang sebelum ini menghilangkan diri dari dunia seni selepas bernikah dengan pelakon dan pengarah terbabit,
mendapatkan pengesahannya mengenai perkara itu, mengaku hadir ke Mahkamah Syariah pada minggu lalu tetapi enggan menyatakan sebab utama dirinya berbuat demikian.
RUMAH tangga pasangan pelakon, Diana Danielle, 25 Tahun, dan suaminya, Farid Kamil dikhuatiri goyah apabila aktres jelita itu dikatakan sudah mendapatkan nasihat peguam
syariah. "Perkara itu memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan," katanya. Diana berkata, lumrah dalam setiap perkahwinan akan ada pasang
surutnya. Rumah tangga yang dibina bersama Farid atas dasar cinta pada 3 November 2012 juga tidak terkecuali daripada diuji. Hasil perkahwinan mereka,
pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhamad, 3 Tahun, dan Nur Aurora, 1. "Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk
saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi," katanya. Biarpun masih berteka-teki
mengenai status rumah tangganya, sumber memaklumkan kemelut perkahwinan pasangan itu sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu. Perselisihan yang berpanjangan
juga dikatakan mendorong Diana untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam syariah bagi meleraikan kemelut rumah tangganya.
0 comments:
Post a Comment