penyanyi itu pada konsert kedua Gegar Vaganza musim ketiga pada malam Ahad lalu.
lawak yang mengaitkan status janda penyanyi berkenaan.
Kalau mereka rasa tidak senang dan marah dengan lawak saya itu, saya akan buat permohonan maaf secara terbuka pada malam konsert akan datang supaya
ia dapat meredakan marah mereka.
Saya dan Elly Mazlein tiada apa-apa masalah kerana lawak itu sudah dibuat ketika latihan lagi.
Cuma penonton dan peminat sahaja yang tidak boleh terima, jadi saya tidak kisah jika mereka mahu saya buat permohonan maaf kepada Elly asalkan mereka puas hati,
ujarnya kepada mstar Online.
Nabil dikecam teruk netizen berikutan lawaknya yang dianggap kasar dan tidak menghormati penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pada konsert
GV3 yang berlangsung Ahad lalu.
Dalam GV3 minggu lalu Nabil telah bergurau dengan berkata; "macam ini punya cantik pun berpisah jua" yang dianggap oleh peminat sebagai mempersendakan
penderitaan yang dilalui Elly Mazlein.
Dalam pada itu, Nabil berkata, dia sememangnya sudah bersedia untuk menerima kritikan netizen sejak bermulanya program realiti nyanyian popular itu.
Saya sedar orang menonton rancangan ini hanya untuk cari silap kami sahaja dan secara jujurnya saya tidak kisah langsung kerana kecaman itu membuatkan
mereka untuk terus menonton.
Saya tidak kisah dikecam asalkan rating program tersebut meningkat. Ini terbukti pada konsert pertama sahaja penonton meningkat 40 peratus daripada musim kedua lalu,
ujarnya.
Sementara itu, Nabil berkata, dia terpaksa mencari cara yang berlainan bagi menjadikan pengacaraannya untuk program ini berbeza daripada program nyanyian lain.
Katanya, dia tidak mahu program tersebut hanya dianggap bagus semata-mata.
Pada saya lawak kasar saya tidak mengecilkan hati peserta pun kerana peserta rancangan ini semuanya artis yang sudah lama dalam industri hiburan.
0 comments:
Post a Comment