Friday, October 14, 2016

Sindiran maut Elly Mazlein terhadap Faye Kusairi

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina, 36, berkata, dia gembira dan berterima kasih kepada aktres tersebut kerana akhirnya mengakui hubungan berkenaan.

"Apa-apa pun saya terhutang budi dengan Faye, terima kasih banyak-banyak... minta dia jaga Azmi baik-baik tau. Sebagai hadiah saya mendoakan kebahagaian
mereka hingga ke jinjang pelamin,
" katanya kepada mStar Online menyindir pelakon wanita itu.
Elly mengulas pendedahan Faye Kusairi kepada mStar Online pada Khamis yang mengaku mempunyai hubungan cinta dengan bekas suaminya Azmi Hatta.


Dalam pada itu ditanya apakah maksud yang ingin disampaikan Elly, pelakon ini berkata, orang yang membacanya akan faham tentang mesej yang ingin disampaikan itu.
"Biarlah siapa-siapa yang baca itu faham sendiri, kita tunggu sahaja apa lagi drama yang akan berlaku selepas ini. Alhamdulillah kebenaran akan terbukti sedikit
demi sedikit," ujarnya.

Terdahulu, Faye dalam kenyataan di mStar Online  mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan pengarah berkenaan sejak Disember lalu selepas pemuda berkenaan bercerai
dengan Elly.
Dia bagaimanapun, menafikan menjadi punca perpisahan pasangan berkenaan.

Sementara itu, sejak seminggu lalu, Elly sering memuat naik foto yang berbaur sindiran dengan beberapa hashtag tertentu sehingga menimbulkan tanda tanya banyak pihak.
Antara hashtag yang ditulis Elly di laman Instagramnya adalah #BapaTakMelawatAnak, #BapaLepasTangan, #BapaKuOrangBujang, #KekasihBapaJealousTakBagiMelawatAnak,
#KekasihkuDiperkatakanOrang dan #KekasihkuKononnyaDiFitnah.

Sindiran-sindiran berkenaan juga, dilihat seperti ditujukan kepada aktres berkenaan apabila terdapat nama Faye Kusairi pada foto terbabit.

0 comments:

Post a Comment