Wednesday, October 19, 2016

Jodoh Elfira Loy Dan Randy pangalila kuat

Pertama kali digandingkan pada 2011, keserasian Elfira Loy dan pasangannya dari seberang, Randy Pangalila, menghidupkan watak pasangan kekasih dalam drama,
diakui ramai. Tidak hairanlah, ramai pengikut dua bintang remaja itu berharap mereka dipertemukan lagi dalam drama cinta. Muncul kali pertama dalam drama Biar

Mimpi Sampai Ke Bintang hasil garapan Micheal Ang pada akhir 2011, Elfira dan Randy terus 'diikat' pengarah itu dalam projek seterusnya iaitu drama Dalam Hati
Ada Taman. Terbaharu, Elfira dan Randy akan muncul dalam telefilem yang khabarnya sedang rancak menjalani penggambaran. Mengesahkan perkara itu, Elfira teruja

bertemu Randy di set penggambaran. "Judul telefilem itu belum boleh didedahkan. Biarlah rahsia dulu. Namun, cerita ini sudah popular dalam kalangan kita.
"Tak sangka saya dan Randy ditawarkan menyertai produksi telefilem ini," katanya kepada BH Online. Tambah Elfira, keserasiannya dengan Randy terus kekal

biarpun sebelum ini ramai salah faham dan menganggap mereka berkasih. "Ketika Randy mula berlakon di Malaysia, peminat belum mengenali dirinya. Mereka tidak
tahu dia sudah ada kekasih. Jadi peminat dengan cepat mengaitkan saya dengan Randy. "Sekarang peminat sudah tahu kisah sebenar dan mereka faham dengan keserasian
kami apabila berlakon bersama," katanya.

0 comments:

Post a Comment