Tuesday, October 4, 2016

Awie nikah dengan Syarifah Ladyana hujung minggu ni

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengumumkan bakal menikahi gadis pilihan, Syarifah Ladyana pada hujung minggu ini. Katanya,
tarikh sebenar tidak dapat dikongsikan diatas faktor keselamatan sekali gus mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Awie, 48 tahun, berkata,

tarikh serta pemilihan lokasi sudah dipersetujui oleh keluarga kedua-dua belah pihak menerusi perbincangan bersama sejak mereka bertunang pada 3 Jun tahun lalu.

"Saya harap penjelasan ringkas ini tidak menimbulkan spekulasi. Bersama persetujuan keluarga, saya dan tunang akan bernikah pada hujung minggu ini.
"Doakan urusan kami dipermudahkanNya. Bukan kami mudah percaya pada benda misteri tetapi bagi mengelakkan perkara tidak elok berlaku,

biarlah kita tidak menwar-warkan tarikhnya. Paling penting keluarganya juga memberi restu, katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Wings
ke 30 tahun di sini, petang tadi. Terdahulu, Awie melangsungkan pertunangan secara rahsia dengan Syarifah Ladyana di Pulau Pinang dengan dihadiri keluarga terdekat.

0 comments:

Post a Comment