Thursday, October 20, 2016

Azmi Hatta mendakwa pernah disepak terajang oleh Elly Mazlein

Selepas tidak tahan dengan pelbagai tuduhan dibuat Elly Mazlein, pengarah drama Azmi Hatta akhirnya tampil mendedahkan penceraian dia dengan penyanyi itu
kerana sikap cemburu Elly yang melampaui batas.
Azmi atau nama sebenarnya Azmi Mohd Hata, 41 tahun, berkata, sikap tersebut juga membuatkan dia berubah hati terhadap pelakon wanita itu sehingga dia mengambil
jalan untuk berpisah.

"Elly seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku
curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya.

Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.
Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama, ujarnya
seperti terkandung dalam akuan bersumpah yang ditandatangani Pesuruhjaya Sumpah, Samsiah Ali di Bangunan UMNO Selangor, Jalan Ipoh bertarikh 17 Oktober 2016.


Dalam sidang media berkenaan, Azmi turut menunjukkan akuan bersumpah setebal kira-kira 20 muka surat yang mendedahkan kemelut rumah tangga yang dilaluinya bersama Elly Mazlein.
Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.

Antara kandungan akuan bersumpah itu turut menceritakan pertengkaran demi pertengkaran berlaku antara Azmi dan Elly sehinggalah Elly melemparkan kata-kata kesat termasuk melakukan kekerasan terhadap Azmi dalam tempoh mereka berkahwin.
"Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).

Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi
semata-mata cemburukan Nelydia, ujarnya.
Katanya lagi, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah selepas jalan itu difikirkan paling terbaik dan dicadangkan sendiri oleh bapa Elly.


0 comments:

Post a Comment