Monday, September 19, 2016

Azrel Ismail mengakui bercinta dengan Ruhainies

Pelakon baru yang semakin meningkat naik, Azrel Ismail mengakui dia kini bercinta dengan pelakon, Ruhainies, 24 Tahun, sejak setahun lalu.

Azrel, 31 Tahun, ketika ditemui berkata, walaupun bercinta, mereka belum memikirkan soal perkahwinan.

“Memang benar saya dan Ruhainies bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini berjalan lancar. Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini memandangkan kami berdua sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, biarlah kami mengecapi kejayaan terlebihdahssulu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelakon drama Menantu Ting Tong ini, hubungan yang terjaln sejak setahun lalu itu sudah diketahui kedua-dua belah keluarga mereka.

“Selepas berlakon bersama dalam drama Si Montel tahun lalu, saya sering menghubunginya untuk bertanya khabar. Lama-kelamaan hubungan inimenjadi semakin serius kerana saya selesa berdampingan dengannya dan berkongsi masalah.

“Saya juga semakin rapat dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah kedua-dua keluarga merestui hubungan ini,” katanya .

Sementara itu, Ruhainies yang sebelum ini menafikan dia bercinta dengan Azrel berkata, dia lebih selesa menyerahkan perkara itu kepada Azrel untuk dijelaskan.
Image result for Azrel Ismail mengaku bercinta dengan Ruhainies
“Selama ini saya bukan sengaja mahu mengelak untuk memaklumkannya kepada umum, tetapi lebih manis jika pihak lelaki yang berkongsi berita ini terlebih dahulu.

“Apapun hubungan yang terjalin ini masih terlalu awal. Soal jodoh dan takdir saya serahkan kepada Allah SWT,”katanya.

Sebelum ini, pasangan itu dikatakan bercinta selepas dilihat serasi bergandingan dalam beberapa drama selain ramai mengetahui persahabatan akrab yang terjalin sejak setahun lalu.

KLIK SINI !!! UNTUK MELIHAT VIDEO MEREKA !!!

0 comments:

Post a Comment