Tuesday, September 20, 2016

Penyanyi Datin Alyah Anggap Isu Penggunaan Lagu Engkau Milikku Sudah Selesai


Penyanyi Datin Alyah menganggap isu penggunaan lagu Engkau Milikku dalam drama Lara Aishah terbitan syarikat Global Station Sdn Bhd sudah selesai.
Alyah, 35 Tahun, berkata, kiriman emel yang diterima semalam jelas membuktikan syarikat itu tidak bersalah sebaliknya salah faham yang berpunca daripada pihak lain.

"Emel yang dikirim kepada saya menjelaskan pihak mereka mendapatkan lagu itu daripada syarikat rakaman Sony Music selaku pengedar lagu saya. Jadi saya faham kenapa mereka menggunakan lagu itu di dalam drama mereka.
"Saya juga sudah meminta penjelasan daripada pihak terbabit dan menghantar mesej berbentuk peringatan di mana semua lagu saya perlu mendapatkan keizinan terlebih dahulu sebelum digunakan dalam mana-mana penerbitan," katanya kepada Harian Metro.

Image result for AlyahMenurut Alyah, dia berharap peminat atau pihak lain berhenti menyalahkan syarikat itu kerana penjelasan sudah diberikan.
Dalam masa sama, syarikat itu sudah berjanji untuk mengeluarkan lagu itu daripada drama mereka bermula pada episod 21.

"Saya juga sudah bercakap dengan pihak mereka mengenai perkara ini. Jadi tidak timbul sebarang isu atau masalah berbangkit lagi. Sekurang-kurangnya saya sudah maklum berkenaan perkara itu yang mana lagu saya tidak akan digunakan lagi dalam drama itu.
"Saya berterima kasih kerana mereka sudi bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini. Ada hikmah apa yang berlaku kerana saya dapat mengenali mereka dengan lebih dekat dan berharap dapat bekerjasama dengan syarikat itu selepas ini," katanya.

Dalam masa sama, Alyah masih menunggu jawapan daripada pihak stesen TV yang turut menggunakan lagu sama dalam promosi telefilem yang bakal ditayangkan pada Sabtu ini.
Harian Metro hari ini melaporkan Alyah meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila terdapat segelintir syarikat penerbitan yang menggunakan lagunya dalam drama atau telefilem tanpa kebenaran.
Menurut Alyah, lagu Engkau Milikku itu diberikan hak eksklusif kepada syarikat Grand Briliance Sdn Bhd bagi lagu tema filem terbitan mereka pada awal tahun depan.

KLIK SINI !!! UNTUK MELIHAT VIDEO BELIAU !!!





0 comments:

Post a Comment