Thursday, September 29, 2016

Azizan Osman,UM menafikan beri gelaran doktor kepada beliau


Baru-baru ini, beberapa pihak mempertikaikan status sebenar PhD yang dimiliki oleh pakar motivasi terkenal Azizan Osman. Ramai yang ingin tahu apakah benar
beliau memiliki ijazah berkenaan atau iainya palsu untuk tujuan menyakinkan orang ramai.
Susulan perkara viral itu, pihak Universiti Malaya ( UM) hari ini menegaskan tidak pernah menganugerahkan sebarang Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan.
Kenyataan tersebut dilakukan oleh UM menerusi akaun Facebook rasmi mereka.

"Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada
Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial. Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan
gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut."

Menerusi laman web Richworks iaitu syarikat milik Azizan, ia jelas memberitahu beliau memperoleh Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM).

KLIK SINI !!! UNTUK MELIHAT VIDEO BELIAU !!!

0 comments:

Post a Comment