Friday, October 14, 2016

Solekan Hodoh artis Gegar Vaganza 3 undang kutukan Peminat

heboh di laman sosial Facebook apabila gambar promosi 12 peserta Gegar Vaganza 3 dikecam kerana hasil solekan yang tidak memuaskan.

Gambar yang melibatkan 12 peserta iaitu Zur Eda, Nora, Siti Sarah, Elly Mazlein, Intan Sarafina, Azharina, Ameng, Razis Ismail, Rem, Zarul Um

brella,
Shidee Data dan Gmie Screen ini mula tersebar sejak semalam dan menjadi viral di laman sosial itu.


Gambar Zur Eda antara yang paling banyak menerima kecaman sehingga ada netizen menyuruh jurusolek tersebut segera dipecat.

Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad menerusi Harian Metro, “gambar-gambar yang tersebar itu bukan gambar rasmi daripada Astro dan ia disebarkan
oleh pihak tertentu menerusi akaun Facebook palsu GV3. Sebenarnya gambar-gambar itu masih belum disunting dan bukan gambar rasmi yang akan digunakan nanti. Saya pun terkejut apabila gambar-gambar berkenaan dikongsi dan menjadi bahan kutukan ramai".

"Saya tidak tahu siapa dalang yang menyebarkan gambar itu sehingga isu ini timbul. Segala maklumat mengenai GV3 boleh melayari laman web rasmi kami di Astro Gempak”,
jelansya lagi.

Gegar Vaganza 3 mula bersiaran pada hari Ahad ini jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

0 comments:

Post a Comment