Sunday, October 2, 2016

Anuar Zain Cerita disebalik video muziknya andainya takdir

Bukan saja bingkisan album kelimanya cukup dinantikan peminat, video muzik single terbarunya, Andainya Takdir sudah pun trending di laman YouTube dan mendapat
hampir 500,000 tontonan sejak dilancarkan 22 September lalu.

Andainya Takdir adalah single pertama daripada album kelima Anuar yang akan berada di pasaran pada Oktober ini.
Buat masa ini, video muzik Andainya Takdir mendapat maklum balas baik dan begitu menyentuh hati penonton. Ramai terharu menghayati keindahan lagu
ciptaan komposer Helen Yap dan penulis lirik Habsah Hassan itu.

Video muzik arahan Amor Rizan ini menceritakan kisah seorang isteri yang sanggup melupakan anak dan suami di kampung demi mengejar cita-citanya menjadi pelakon.
Apa yang menarik, video muzik itu menampilkan gandingan mantap gandingan Anuar bersama Sharifah Sakinah dan pelakon kanak-kanak terbaik, Puteri Balqis.

Selaku pengarah, Amor akui cukup berbesar hati bekerja dengan Anuar buat julung kalinya.
“Meskipun Anuar bukan pelakon sepenuh masa, dia mampu mendengar dan melakukan apa yang saya mahukan sekali gus menzahirkan emosi dan ekspresi wajah yang dimahukan.
Dia tidak cerewet melakonkan watak nelayan malah memakai baju lusuh demi menjiwai watak itu.

“Anuar juga tahu apa yang dimahukannya dalam dalam video klip ini. Penggambaran video klip ini berlangsung pada 16 Ogos lalu selama 3 hari,” katanya.
Ditanya mengenai pemilihan Sakinah pula, kata Amor, aktres cantik itu memang calon tepat untuk melakonkan watak utama sebagai Syazrina Hanif, ‘isteri’ kepada Anuar.

“Saya sangat puas hati kerana keserasian antara Anuar dan Sakinah wujud dan mampu menjiwai watak masing-masing mengikut jalan cerita.
“Watak sedih dan kecewa memang makanan Sakinah dan Balqis,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment